๐Ÿญ. ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐˜‚๐—ถ๐˜.
Emas adalah duit sebenar. Nilainya ditentukan oleh berat dan ketulenannya. Semakin berat dan tinggi ketulenan emas tersebut semakin mahal harganya.

Sebagai contoh Dinar Emas pernah digunakan sebagai matawang pada zaman Rasulullah dahulu.

๐Ÿฎ. ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป.
Kita hanya akan memperoleh keuntungan sekiranya harga emas naik pada waktu kita ingin menjualnya.

๐Ÿฏ. ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฝ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฎ๐—ฑ ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฒ.
Semasa kita ingin menjual semula emas, harganya akan ditolak beberapa persen dari harga pembelian kita. Namun spread value mungkin jadi seolah-olah ‘tiada’ jika berlaku kenaikkan harga emas semasa.

๐Ÿฐ. ๐—š๐—ผ๐—น๐—ฑ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ/๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ธ.
Sama seperti barang kemas, goldbar/dinar juga boleh dipajak. Cuma mungkin ada sesetengah tempat tidak menerima pajakan goldbar kerana mereka juga ada mengeluarkan goldbar jenama mereka sendiri.

๐Ÿฑ. ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€.
Tetapkan matlamat yang berjangka panjang iaitu tempoh 3-5 tahun keatas.

๐Ÿฒ. ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ถ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป.
Ini disebabkan susut nilai barang kemas adalah lebih tinggi kerana caj upahnya yang tinggi. Barang kemas lebih sesuai untuk perhiasan.

๐Ÿณ. ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ฑ๐˜‚๐—ถ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€.
Pakar kewangan Malaysia hanya menyarankan 10%-30% wang simpanan sahaja yang ditukarkan kepada emas. Kita haruslah mempelbagaikan simpanan kita.

๐Ÿด. ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ถ ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š.
Masa terbaik ketika kita ada duit dan sebelum kita jatuh susah. Ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan.

๐Ÿต. ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—น ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐˜‚๐—ถ๐˜.
Tidak kiralah ketika itu harga emas turun atau naik. Jika kita rasa rugi menyimpan emas kerana harga turun ketika kita perlukan duit, kita sepatutnya berfikir adalah lebih rugi kita tidak menyimpan emas kerana belum tentu kita mampu menyimpan duit sebanyak mana kita menyimpan emas.

๐Ÿญ๐Ÿฌ. ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ธ ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ธ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐—–๐—ง๐—ข๐—ฆ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—–๐—ฅ๐—œ๐—ฆ.
Ia akan menyukarkan kira untuk membuat apa-apa pinjaman bank pada masa akan datang jika sudah ada rekod nama kita dalam CTOS dan CCRIS.

Bila anda tahu ilmu asas emas ini, anda blh melabur dalam emas dengan cara yang betul. Elakkan simpan emas hasil dari ikut2 rakan. Ilmu asas ini sangat penting dalam menyimpan emas

Leave a Reply