
Selain dari ketakutan zakat emas, ada lagi ketakutan lain yang bermain difikiran mereka yang ingin menyimpan emas. Saya akan terangkan disini satu per satu.
Takut Kena Zakat
Kebanyakkan masyarakat seolah-olah mengeluh dan takut untuk membayar zakat jika menyimpan emas. Zakat dijadikan penghalang untuk membuat pelaburan dan simpanan emas.
Sedangkan zakat merupakan ibadah dan rukun Islam ke 4 yang dapat menyuburkan harta dan meningkatkan rezeki. Sebenarnya, duit dan harta-harta lain seperti ternakan, tanah, dusun dan kebun-kebun juga dikenakan zakat jika cukup haul dan nisab. Jadi mengapa perlu takut pada janji Allah?
Takut Dirompak dan Kehilangan
Risiko kehilangan seperti berlaku kecurian dan rompakan menjadi igauan ngeri bagi masyarakat untuk menyimpan emas fizikal.
Biarpun belum memulakan simpanan emas, kita sering terbayang perkara-perkara negatif seperti kehilangan emas akibat tersalah letak atau kejadian pecah rumah.
Cara paling selamat untuk menyimpan emas adalah dengan menyewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta. Jika memilih untuk menyimpan di rumah, pastikan emas anda disorok pada tempat yang tidak dijangkakan.
Selain itu, anda juga boleh buka akaun simpanan emas GAP (Gold Accumulation Programme) di Public Gold. Serendah RM100 (0.3gram) atau 1gram sudah boleh mula menyimpan di akaun GAP tanpa ada caj simpanan atau komitmen bulanan
Takut Disebabkan Tiada Ilmu
Majoriti masyarakat diluar sana tidak tahu bagaimana hendak memulakan simpanan emas. Tiada ilmu tentang emas pelaburan dan simpanan
Sebaliknya mereka terarah kepada emas perhiasan yang tinggi nilai spreadnya. Malah ramai juga tidak tahu cara membeli emas, beli dimana dan berapa bajet yang perlu dikeluarkan.
Kurang ilmu tentang tempoh masa untuk mendapat keuntungan serta waktu terbaik jual beli emas
Salah Anggap Emas Seperti Saham
Ada yang menganggap emas seperti saham, unit amanah dan sebagainya
Mereka beranggapan bila harga emas jatuh maka habislah pelaburan mereka
Sedangkan perkara ini tidak berlaku dalam emas. Emas yang kita beli memang tiada risiko kerana nilainya pasti tiada akan jatuh sifar
Takut Scammer Emas
Beli emas takut tak dapat emas
Bimbang didalangi scammer emas yang memasang perangkap untuk menipu masyarakat menjual emas yang tidak wujud sehingga duit hangus dan hilang begitu sahaja.
Berbeza dengan Public Gold, beli emas PASTI dapat emas
Itu jaminan Public Gold. Lebih setengah juta pelanggan Public Gold, tiada satu pun kes customer yang tidak dapat emas
Takut Emas Sukar Dicairkan Kepada Wang
Bimbang jika berlaku kecemasan, emas sukar dicairkan kepada wang jika perlukan tunai segera
Sebenarnya sebelum memulakan simpanan emas fizikal, kita mesti mempunyai simpanan tunai untuk 3bulan pendapatan
Emas adalah simpanan jangka panjang untuk tempoh 3 hingga 5tahun. Jika memerlukan wang segera, emas yang dimiliki boleh dijual atau dipajakkan di ar rahnu, koperasi dan institusi kewangan lain
Anda boleh mendapatkan wang segera dan berpeluang menebus kembali emas dalam tempoh masa yang singkat