
Yang mana lebih baik dijadikan simpanan? Sebelum kita lanjutkan perbincangan, perlu kita faham bahawa ada dua jenis simpanan iaitu simpanan jangka masa pendek dan simpanan jangka masa panjang. Secara amnya, Pakar Kewangan Tuan Azizi Ali menyarankan supaya mengasingkan 10% dari pendapatan kepada simpanan dalam bentuk emas. Ini adalah kerana:
1) Duit yang kita simpan merupakan matawang yang hanya sah di negara kita sahaja berbanding emas yang merupakan matawang antarabangsa. Cubalah anda bawa jongkong emas 10gram kemana saja, tetap mempunyai nilai yang tinggi. Malah mungkin lebih tinggi dari negara sendiri
2) Emas mempunyai nilai intrinsik tersendiri kerana ianya tidak boleh dicipta atau dicetak. Nilainya tidak mungkin jadi sifar jika dibandingkan dengan duit yang pernah dalam sejarah Malaysia, nilainya menjadi sifar. Masih ingatkah lagi anda dengan duit syiling 1ringgit yang berwarna emas suatu ketika dahulu. Jika duit syiling itu digunakan sekarang sudah tentu tiada nilai. Malah anak-anak generasi muda tentu tidak pernah melihat duit syiling 1ringgit

3) Emas mempunyai aura menyimpan yang kuat. Setiap penyimpan emas akan terdorong untuk mengumpul lebih banyak dan banyak. Akhirnya mereka tanpa sedar telah mengumpul gram emas yang banyak yang nilainya cecah puluhan ribu dalam masa yang singkat. Tetapi jika anda menyimpan duit, selagi ada angka dalam bank anda, selagi itu anda rasa bahgia membelanjakannya kan?
4) Nilai sekeping roti canai kini adalah RM1.20 jika dibandingkan pada sekitar tahun 90an yang hanya 50sen sahaja. Cepat benar harga makanan dan barang naik. Ini adalah kesan dari inflasi yang berlaku dalam negara. Jika anda masih belum menukar duit simpanan kepada emas, nilai simpanan anda pasti akan menurun dengan cepat. Agak-agak berapalah nilai RM5 ribu anda pada 5tahun akan datang. Mungkin tidak lagi mampu membeli sebuah komputer lengkap
5) Emas tidak boleh dimanipulasi. Memandangkan kerajaan boleh mencetak wang, maka banyak negara seperti Austria, Poland, Zimbabwe dan Greece mengalami kesan inflasi yang teruk. Apabila kerajaan mencetak duit dengan banyak, nilai duit akan jatuh dengan cepat kerana permintaan yang kecil. Perkara ini tidak mustahil berlaku dinegara kita jika inflasi tidak dapat dikawal
6) Islam menggalakkan umatnya menyimpan emas. Islam dari dahulu lagi menekankan emas sebagai penyimpan nilai berbanding duit. 1400 tahun dahulu, seekor kambing dapat dibeli dengan 1dinar emas (4.25gram) dan sehingga kini 1dinar emas dapat membeli seekor kambing. Emas adalah penyimpan niali yang sebenar!