
Seperti mana Rumah dan Tanah, Emas juga Adalah Aset
Tahu atau pun tidak , emas adalah aset sama seperti rumah & tanah dimana nilainya semakin lama semakin meningkat .
Cuma bezanya disini ,
1) Proses beli atau jual emas hanya memakan masa 5 – 20 minit berbanding proses beli rumah atau tanah yang memakan masa berbulan-bulan . Mungkin juga proses nya memakan masa lebih setahun .
2) Nak beli atau jual emas tidak perlukan dokumen sokongan kewangan , tidak perlu buat pinjaman bank & tidak perlukan penjamin . Jika ada duit , beli je terus emas tersebut .
3) Beli rumah tak boleh beli sikit sikit . Contohnya bulan ni beli tiang , bulan depan beli dinding , bulan seterusnya beli atap .
Sama juga seperti beli tanah , kita tak boleh beli hari ni 1 kaki , bulan depan 1 kaki , bulan seterusnya 1 kaki .
Tetapi emas kita boleh beli & kumpul sikit sikit . Emas boleh dibeli serendah 1gram .
4) Emas tiada dalam rekod kewangan . Pihak berwajib tidak dapat tahu berapa simpanan emas yang kita ada .
Tidak seperti rumah & tanah dimana pemilik perlu mengisytiharkan harta pemilikan .
Sebab tu , mereka yang berstatus muflis / bankrap pun masih boleh memiliki aset emas .
5) Emas mudah dibawa kemana-mana sahaja samada dalam negara atau ke luar negara .
Tetapi tidak pada rumah & tanah kerana ia adalah aset kekal .
6) Emas tidak perlukan kos penyelenggaraan . Beli dan simpan sahaja .
Tidak seperti rumah & tanah , kita perlu buat penyelenggaraan berkala supaya tidak jadi tempat ‘jin bertendang’
7) Emas lebih mudah untuk dibuat pembahagian harta .
Sebuah rumah tidak boleh dibahagi kepada 4 bahagian .
Sebidang tanah perlukan banyak proses untuk dipisahkan dari 1 penama .
Tetapi jika ada emas 1KG , kita boleh bahagikan mengikut bilangan penerima waris tersebut mengikut purata berat emas tersebut .
.
.
Untuk 7 situasi ni , kelebihan berpihak pada emas . Tetapi tidak bermaksud emas lebih bagus dari rumah & tanah .
Emas , rumah & tanah mempunyai kelebihan masing masing .
Apa yang penting adalah ilmu . Jika kita ada ilmu , kekurangan boleh dijadikan kelebihan .
Beli rumah , kita boleh sewakan .
Beli rumah , kita ada tempat berteduh .
Beli tanah , kita boleh buat kebun & bercucuk tanam .
Kesimpulan nya , ketiga-tiga ini bagus untuk dijadikan aset bergantung kepada bagaimana kita fungsikan nya .
Kredit: Mohamad Hendra Firdaus