
Perkongsian Puan Marliya Ramli
Jongkong Bungamas 50g ini suami Kak Lopa hadiahkan sempena dapat keuntungan perniagaan. Setiap kali ada rezeki lebih, beliau akan bagi emas sebab ianya kekayaan yang lebih bertahan.
✅ Pada Julai 2018, jongkong BungaMas 50g cuma RM8,712
Berapa keuntungan simpanan jongkong emas ini jika dijual selepas 4 tahun?
✅ Kalau jual dengan Public Gold = RM12,873 (spread 7.5%). Bersamaan 47.76% keuntungan atau purata 11.94% setahun.
✅ Kalau jual kat jiran atau kawan, (tanpa spread) RM13,916 (spread 7.5%). Bersamaan 59.73% keuntungan atau purata 14.90% setahun.
Note : emas jongkong 50g 999 spread hanya 7.5% berbanding emas perhiasan 916 spread 3 kali ganda yang melambatkan keuntungan. Elak simpan emas pakai untuk tujuan pelaburan.
.
JOM BANDINGKAN NILAI RM8,712 DI BAKUL LAIN SELEPAS 4 TAHUN :
✅ Jika letak dibawah bantal – kekal RM8,712 atau kurang kerana inflasi atau terguna wang.
✅ Jika letak di ASB – RM10,389 (purata 4.5% setahun)
✅ Jika letak di TH – RM9,997. (purata 3.5% setahun)
✅ Jika Emas PG? – minima RM12,873 (purata minima 11.94% setahun)
.
BEGITULAH.
.
✅ Emas adalah emas. Selepas 4 tahun, akak tak jual pun emas ini. Sebab emas menghilangkan keinginan untuk berbelanja. Tak terasa pun kekayaan bertambah dan tenang-tenang terus peram.
✅ Kalau dalam bentuk dividen atau hibah, mungkin kita akan terguna sebab dalam bentuk wang bukan? Tolak inflasi dan terguna – wang habis, kekayaan tidak bertambah.
Tapi emas? Kekal ada.
✅ Akak tahu, semakin lama diperam emas semakin bernilai. Maka… Biarkan saja insya’allah kepingan jongkong begini cukup untuk meminang bakal menantu di masa depan.
✅ Betul… Bukan semua suami mampu bagi hadiah sejongkong emas sekaligus. Hari ini dah ada akaun emas GAP anda boleh kumpulkan serendah RM100 hingga capai jongkong emas impian anda.
✅ Sikit-sikit menabung di akaun, nanti keluarkan saja. Jom mula menabung emas!