
Pelaburan hartanah dan emas masing masing sangat menguntungkan jika ada ilmu. Dua dua ada kelebihan dan kekurangan. Simpan emas untuk beli rumah dan tanah. Itu yang terbaik. Cari orang yang boleh bimbing dan bantu. Guru saya ajar supaya kumpul rumah, tanah & emas
Jom lihat kelebihan emas :
✅ Emas mudah dibeli secara sedikit-sedikit dengan gram yang kecil seperti 0.5 atau 1 gram. Modal kecil. Boleh beli tanpa berhutang
Sedangkan rumah dan tanah tidak boleh dibeli secara sedikit demi sedikit. Modal besar.
✅ Emas murah dibeli. Harga segram sekarang kurang dari RM300. Kita juga boleh beli setengah gram sekitar RM150 saja.
Sedangkan rumah, deposit 10% saja sudah berapa puluh ribu ringgit nilainya. Kalau nak beli tanah biasanya mesti secara lump sum. Jika tersalah beli boleh rugi besar
✅ Emas mudah urusan jual belinya. Prosesnya singkat dan tidak perlu pening dengan karenah dokumentasi dan sebagainya. 5 minit register dah boleh mula simpan emas.
Sedangkan kalau kita nak beli rumah atau tanah, macam-macam benda kita nak kena buat. Apply financing, sign S&P, bayar cukai sana, cukai sini. Macam-macam kos.
✅ Emas mudah dijual. Nak mudah, jual balik kat tempat yang kita beli. Kalau tak rushing, buka saja tawaran kat media sosial macam Facebook, berduyun yang datang nak beli. Atau boleh pajak. 15 minit dah dapat wang tunai. Paling mudah beli emas Public Gold. Ada jaminan belian semula.
Sedangkan hartanah taklah semudah itu kalau nak jual. Boleh jadi makan bulan, boleh jadi makan tahun jika kita terdesak nak guna duit
✅ Emas mudah diuruskan. Gold bar yang berat sekilogram tu nilainya sama macam sebuah rumah teres setingkat, tapi boleh letak dalam poket seluar je. Tak perlu maintenance
Sedangkan hartanah, dengan maintenance dan sebagainya pun dah cukup buat kita pening.
✅ Emas boleh digadai. Kalau kita nak duit segera, bawa saja emas kita ke mana-mana arrahnu. Serah emas, bawak balik tunai.
Sedangkan hartanah tak boleh digadai di pajak gadai untuk tunai segera.
✅ Emas senang dibawa. Nak pindah negeri lain, atau ke luar negara sekalipun, kita boleh bawa emas kita bersama-sama. Takde masalah.
Sedangkan rumah atau tanah, biasanya kita terpaksa lepaskan atau jual saja kalau kita nak pindah ke tempat baru.
✅ Emas tidak mudah hancur kalau berlaku kebakaran malah tertanam dan karam 1400 tahun di laut tetap berkilat dan bernilai.
Rumah mungkin hancur lebur dan kita rugi beratus ribu ringgit. Tapi emas tetap juga kekal macam tu tak rosak walau sedikit pun.
✅ Emas nilainya di tangan kita. Kita boleh nak paksakan nilainya jadi berapa pun kalau kita nak jual. Tinggal lagi orang setuju atau tak sajalah. Kalau limited edition boleh jual mahal.
Sedangkan hartanah mesti ikut kadar harga semasa. Setiap rumah ada market value. Tak boleh nak jual suka hati kita je. Lebih-lebih lagi semasa keadaan terdesak.
✅ Emas senang untuk dipindahmilik. Bertukar tangan je, kira dah selesai.
Jika hartanah nak kena isi borang tu, nak kena isi borang ni. Kalau berlaku kematian lagi haru biru. Pengalaman saya melabur hartanah dan emas. Emas lagi mudah. Tak ada ilmu pun boleh untung. Lihat saja nenek kita beli barang kemas. Spread tinggi pun masih untung. Nak lebih untung simpan gold bar dan dinar
Sumber : Buku Wang Emas