
INFLASI NAIK = RINGGIT JATUH
Sepertimana yang anda mungkin tahu, setiap kali kadar inflasi naik, nilai matawang sesuatu negara itu akan jatuh. Malah, lebih tinggi kadar inflasi, lebih ketara kejatuhan nilai matawang tersebut. Dalam kata lain, kuasa belian matawang tersebut jatuh akibat inflasi.
Contoh yang paling ketara ialah apabila negara Zimbabwe diserang hiper-inflasi pada tahun 2007-2009 – kadar inflasinya melebihi jutaan peratus sebulan (!) – yang berakhir dengan matawang negara tersebut akhirnya dihentikan penggunaannya pada 2009, dan digantikan oleh matawang beberapa negara lain. (As a side note, kadar inflasi di Zimbabwe pada bulan Julai 2020 kembali menggunung ke 737%!)
Berita buruknya ialah kadar inflasi di Amerika Syarikat telah naik tahun ini. Rancangan Bank Federal Reserve ialah untuk menetapkan kadar inflasi sekitar 2%. Dalam realitinya, kadar inflasi yang lebih tepat ialah 6% dan mungkin 9% di bandar2 besar!
Berita yang lebih buruknya ialah kadar inflasi di negara kita juga telah naik tahun ini. Kadar rasminya ialah 4.7% peratus pada bulan April, satu angka yang besar jika dibandingkan dengan angka 1.7% pada bulan Mac. Saya suspect angka sebenar adalah lebih tinggi!
Poin yang lebih penting ialah kadar rasmi inflasi (yang selalunya di massage oleh pihak2 tertentu) selalunya adalah lebih konservatif daripada the actual inflation rate! Jadi the actual inflation rate adalah lebih tinggi daripada the offical inflation rate.
Sebagai rakyat, kadar inflasi – official dan juga unofficial – ini adalah di luar kawalan kita.
Tetapi berita baiknya ialah kita mempunyai kuasa untuk menyelamatkan nilai matawang kita dan seterusnya kuasa belian kita. Kita boleh melakukan ini dengan senang dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan kita ke dalam pelaburan yang naik nilainya ketika kadar inflasi naik menggila. Tiga pelaburan tersebut adalah emas, hartanah dan cryptocurrency terpilih.
Jadi jika anda ingin menyelamatkan diri dan keluarga daripada kejatuhan nilai ringgit, maka anda perlulah bertindak dengan melabur dalam satu, dua atau terbaiknya, ketiga-tiga pelaburan di atas.
To stay still (dan tidak bertindak) is to sink into oblivion!
Kredit Tn Azizi Ali