
Hari ini jom kita bincang tentang EMOSI pada duit vs EMOSI pada emas.
Majoriti kita akan memandang duit itu sebagai benda yang sangat berharga. Dari kecil lagi kita di ajar untuk memandang duit sebagai benda untuk dapatkan sesuatu. Nak beli apa pun semuanya duit.
Perasan tak kita, akhirnya minda bawah sedar kita akan setkan duit ini tujuannya untuk dibelanjakan. Ada duit je pasti ada je benda yang kita nak beli. Tiba-tiba sahaja, benda yang kita nk beli tu jadi penting. Walhal kalau tiada duit, benda tu pun kita tak terfikir.
Gambar di atas ialah duit bernilai RM280 000. Nilai ini sama nilainya dengan 1kilogram emas.
Emosi membelanjakan duit lebih kuat jika kita lihat pada duit berbanding jika lihat pada 1kilogram emas. Emas hanyalah seketul emas. Nak terus belanja guna emas tidak boleh. Maka, simpanlah emas tu sebagai simpanan jangka masa panjang.
Dalam tidak sedar, kita sudah menyelamatkan duit kita dari habis dibelanja!
Kadang kala kita berfikir, kenapalah orang beli emas ye?…rupa-rupanya inilah sebabnya. Tukar duit kepada emas, duit kita selamat. Kalau simpan duit dalam bank, akhirnya habis juga sebab sikit-sikir asyik nak membeli online sahaja.
Emas auranya kuat..
Cubalah anda mula simpan emas. Pastinya secara tidak sedar, gram emas anda akan bertambah. Kenapa?
Sebab anda akan rasa sayang pada emas yang disimpan. Makin hari rasa nak beli dan nak beli lagi emas. Itulah aura emas. Menarik duit kepada simpanan emas yang lebih selamat.
Kalau dulu setiap bulan shopping di shopee, tapi sekarang setiap bulan shopping emas di public gold. Tak percaya…cer try!
Orang-orang kaya, para jutawan, tidak simpan duit dalam bank. Mereka tukar kepada aser yang lebih bernilai seperti emas, rumah, tanah dan sebagainya.
Bagi mereka, simpan duit dalam bank, akhirnya akan membuat mereka menjadi makin miskin. Duit yang disimpan akan turun nilainya disebabkan inflasi. Tukar duit kepada emas, nilainya makin naik setiap tahun.
Bagaimana pula anda?