“Tak perlu lah buat simpanan, cukup apa yang ada. Banyak harta nanti lambat masuk syurga, banyak kena hisab. Dunia ni sementara, harta tak boleh bawa mati pun.” – Katanya seorang hamba Allah.

Mesti kita pernah dengar ayat macam ni kan? saya selalu lah jugak dengar ayat macam ni, ada yang bagitau kepada saya juga. Saya senyum saja. Kita hormati pandangan dan kata-kata mereka jika mereka faham begitu.

Tapi masalahnya, orang yang kata begitu dia sendiri pun banyak hutang dengan orang, hutang sana sini keliling pinggang. Orang macam ini mereka tidak faham apa itu asas dalam kehidupan dan apa itu maksud kekayaan dan kejayaan yang sebenar kita hidup di dunia ini.

Hutang Yang Dibawa Mati

Tuan puan, saya bukanlah orang alim, tapi saya tahu dan saya belajar benda asas untuk kehidupan ini. Tidak lain tidak bukan kita hidup didunia ini untuk mencari keredaanNya dan berjaya dunia akhirat. Memang betul, harta tidak boleh bawa masuk kubur, memang betul tidak perlu kaya pun takpa, boleh hidup sederhana.

Tapi kita kena ingat, kita juga tidak boleh menyusahkan orang lain. Kerana ego dengan sifat diri sendiri, kita menyusahkan orang lain. Bagitau orang supaya tidak perlu buat simpanan, tapi pada masa yang sama mempunyai hutang yang banyak dan telah menyusahkan orang.

Saya teringat pesanan Ulama’ Shaikh Muhammad Saad Kandhalawi, beliau bagitau; Dunia hanya pegang ditangan bukan letak dihati, orang yang tinggalkan dunia adalah orang yang jahil, orang yang yakin dengan dunia adalah orang yang syirik. Dunia tetap kena ambil, tapi jangan tinggalkan akhirat.

Kejayaan ini sesiapa pun Allah boleh bagi, tapi kejayaan yang sebenar Allah pilih orang yang betul-betul mengejar kejayaan tersebut iaitu kejayaan dalam agama, selagi kita dapat mentaati perintah Allah SWT dan dapat meninggalkan larangan allah, serta dapat ikut sunnah baginda Nabi Muhammad SAW, inilah kejayaan yang sebenar-benarnya.

Kalaulah kejayaan itu ada pada harta, nescaya firaun lah orang yang paling berjaya. Tapi tidak, malah Firaun adalah orang yang dilaknat oleh Allah SWT, sahabat nabi R.A juga jutawan tapi mereka ini telah berjaya dunia akhirat sebab mereka gunakan kekayaan mereka untuk agama Allah SWT. Di dunia lagi para sahabat telah mendapat gelaran RadiaAllahu Anhum (R.A) iaitu semasa didunia lagi Allah telah redha.

Begitulah kehidupan, sekiranya kita berkongsi kebaikan, insyaAllah kebaikan juga akan datang pada kita. Sepanjang saya berkongsi ilmu emas dan kewangan kepada orang ramai, saya sangat gembira dan puas hati apabila dapat bantu orang untuk turut buat simpanan dan belajar ilmu mengurus kewangan.

Dapat bantu orang ramai elak daripada berhutang sana-sini. Mungkin ini adalah salah satu cara sumber amal jariah saya dengan cara berkongsi ilmu yang dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada orang ramai.

Melihat orang lain bebas dalam kesempitan hidup dan kesengsaraan dibelengu hutang adalah perkara yang saya paling gembira. Ianya telah menjadi kewajipan kepada saya untuk membantu seramai mungkin mengurus kewangan dengan baik untuk melangsungkan kehidupan yang serba-serbi memerlukan tahap kewangan yang baik.

Kehidupan ini memanglah bukan duit dijadikan kiblat, tapi kita nak hidup di dunia ini mesti perlukan duit. Kita yakin rezeki adalah dengan pemberianNya, tapi pada masa yang sama kita tetap perlu usaha dan ikhtiar untuk mentadbir dalam hal kehidupan kita, bukan kita serah bulat-bulat kepada takdir. Jangan kita salah faham tentang takdir dan tadbir.

Begitulah, jika kita tidak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua. Kita hidup jangan menyusahkan orang, tapi perbanyakkanlah membantu dan memeudahkan urusan orang, InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita. Aminn

Kredit Tn Azam Amiri

Saya rekomen anda untuk baca buku tulisan Mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Misi Bebas Hutang dan Wang Emas

Dapatkan disini: https://pgmall.my/KOMBO-ZULKIFLI-SHAFIE–Buku-Wang-Emas–MISI-BEBAS-HUTANG11306501516580?referralPgCode=azmyfadzly@gmail.com

Leave a Reply