Kita bukan beli EMAS sebenarnya… Tetapi kita tukar duit kertas kepada duit sebenar iaitu DUIT EMAS yang nilainya kekal utuh sepanjang zaman sejak zaman firaun lagi…

Duit Ringgit dibuat daripada sekeping kertas yang diberi jaminan oleh sesebuah kerajaan dan ia boleh dicetak sesuka hati…

Duit Ringgit tiada beza dengan sekeping vaucher yang dikeluarkan oleh mana-mana organizasi. Contoh vaucher TESCO, ia sah diperakui oleh TESCO sahaja dan TESCO boleh sesuka hati mereka nak print berapa helai…

Tetapi EMAS adalah DUIT SEBENAR dan tiada sesiapa di dunia ini boleh mencipta atau melupuskan EMAS ini…

EMAS adalah logam mulia yang diciptakan oleh ALLAH SWT yang nilainya kekal berharga sepanjang zaman. Malah kekal bernilai dan berharga hingga ke syurga…

Sebab itu ISLAM meletakan DINAR (Emas) dan DIRHAM (Perak) sebagai matawang tunggal sejak zaman Rasulullah saw…

Jom kita sama-sama renungkan samada nak simpan duit EMAS (REAL MONEY) atau duit kertas yang hanya sekadar sekeping vaucher…

Sekian…

Leave a Reply