Bagi yang baru menyimpan emas pasti tertanya-tanya perbezaan antara gold bar dengan dinar?

Adakah dinar itu emas?…dinar tu berapa gram?

Dinar biasanya dalam bentuk syiling emas. Berat bagi satu dinar ialah 4.25gram. Oleh itu jika ditanya manakah yang lebih berat, 1dinar atau 1gram? Sudah tentu jawapannya 1dinar..

Manakala gold bar pula ialah jongkong emas dalam bentuk segi empat. Minimum berat gold bar ialah 0.5gram. Biasanya disebabkan saiz gold bar bagi 0.5gram dan 1gram terlalu kecil, maka gold bar ini dilekatkan pada sekeping kad bertema. Ini memudahkan kita untuk menyimpan selain bentuk kad bertema tersebut menarik

Dinar ada dalam bentuk 1dinar sehingga 10dinar. Jika berat 1dinar ialah 4.25gram, maka 5dinar ialah 5 x 4.25gram =21.25 gram dan berat bagi 10dinar ialah 42.5gram.

Manakala bagi gold bar pula boleh dalam 0.5gram sehingga 1000gram (1kg). Berat gold bar adalah berkadar terus dengan gramnya.

Selepas jangan lagi keliru antara gold bar dan dinar ye? Kedua-duanya adalah emas berketulenan 99.9% dan kedua-duanya mempunyai harga yang sama selari dengan beratnya. Jom kita tonton video berkenaan bentuk-bentuk emas yang dikeluarkan oleh Public Gold.

Berminat buka akaun simpana emas percuma?

Leave a Reply