Fahami Fungsi Sebenar Kereta

10 Nasihat tentang ‘Cashflow’ dari guru kewangan saya Tuan Zulkifli Shafie

1. Bebanan terbesar ‘cashflow’ kebanyakkan orang ialah membeli & membela kereta. Kos membela kereta lebih mahal dari kos bela anak dan isteri

2. Orang bijak utamakan ‘cashflow ‘ sendiri berbanding ‘apa orang kata’ tentang apa kereta yang dia pakai. Kereta selalunya hanyalah symbol kekayaan palsu

3. ‘Cashflow’ yang postitif adalah permulaan kepada kedudukan kewangan yang baik. Orang cuma nampak, kereta kita pakai tapi hanya kita sahaja yang tahu keadaan ‘cashflow’ sendiri

4. Pakai kereta yang lebih mewah bukan melambangkan ‘cashflow’nya lebih baik. Selalunya , lagi mewah kereta, lagi terbeban cashflownya

5. ‘Cashflow’ bukan boleh main agak – agak. Kena kira betu – betul guna MS Excel. Pendapatan – Perbelanjaan = Cashflow

6. Cara paling cepat rawat ‘cashflow, yang teruk; jual semua yang boleh dijual. Tutup hutang mana yang boleh. Taubat & bina semual kekayaan

7. Kalau ‘Cashflow’ dijaga dengan baik, InshaAllah kewangan kita steady walaupun gaji tidak sebesar mana

8. Gaji RM2000 tapi ‘cashflow’ +ve RM200, itu lebih baik dari gaji RM10000, tapi ‘cashflow’ -ve RM1000 setiap bulan

9.Lagi lambat rawat masalah ‘cashflow’ -ve, lagi bertambah masalah kewangan setiap bulan, Perbetulkan segera

10. Bila ada masalah kewangan , kena semak & perbetulkan ‘cashflow’ cepat-cepat. SIapa cashflow -ve maksudnya dia bertambah miskin setiap bulan

Kredit Dr Fahmi Nain

Leave a Reply